Friday 19 August 2011

Hari KANTOI!!!!!



aku ada seorang kawan dari Sabah yang bekerja berhampiran dgn kedai aku.. aku panggil dia Sabah jer senang.. macam hari sebelum-sebelumnya bila aku tanya si Sabah "Kau puasa ndak bah?" jawapannya pasti "Puasalah.. Bulan aja bah". kebiasaanya si Sabah akan pulang kerumah untuk makan atau makan sambil cover line dalam kedai dia aje dan selalunya jugalah dia memang tak pernah kantoi tapi hari ini.... hari ini dalam sejarah apabila dia mengendeng sebuah sorang budak yang menjual kuih raya sambil mengambil kuih untuk dicuba.. sebelum dia mengambil kuih tersebut dan mahu dimasukkan kedalam mulutnya dia mengUSHA line kiri dan kanan. bila dah clear dia pun tros ngap.. perbuatan dia tu aku sedari dan aku terus tegur dia.. "Apa kau buat tu bah?" dengan selamba sambil mengunyah dia jawab "aku puasa lah bah" dan dalam masa yang sama ada seorang makcik bersama anak perempuan kecilnya kebetulan lalu di depan kedai aku dan kerana Kehadiran Makcik itu telah menyebabkan si Sabah bercakap "aku puasa lah bah" sambil makanan yang ada dalam mulutnya tersembur dan makcik tu pun melatah "Oh Mulut kau Keluar Turtur..eh.."sambil tangan makcik tu menepuk muka si Sabah.. kesian.. Makcik tu terus belah dan si Sabah blur sambil menelan kuih itu yang tersekat2 di tekaknya.... begitulah cerita hari kantoi aku hari ini...

p/s : kalau tak puasa..jngan mengunyah..telan jer tros...KAHKAHKAHKAH!!!


Thursday 11 August 2011

Terima Kasih kepada si dia sebab buat blog aku i mcm hidup.. he3..



Org buat blog aku pun ada blog jgk.. org pandai kemaskini blog tapi aku hampeh.. sampailah sidia datang dalam hidup aku dan terus meragut semua dunia aku secara lembut dan baik jerk.. sampailah keblog aku pun dia ragut tapi aku tak kisah pon sbb aku mmg sayang si dia nih.. si dia nilah budak kecik aku, kawan gadoh aku, kawan gurau aku, kawan berfikir aku, kawan sedih dan gembira aku, kawan suka duka aku dan segala-galanya untuk aku.

hari ini GorgonzZ telah bertambah berseri akibat tangan si dia. Terima Kasih si dia walau pun si dia selalu cari pasal dgn aku tapi aku tetap sayang dia. layan je lah apa yang ada dalam GorgonzZ ni sebab aku akan sentiasa update dari masa kesemasa. Chaow..


Puasa oh puasa..



Hari ini sudah sebelas hari puasa tapi aku pulak tak pasal-pasal da miss 2 hari puasa. ooo man... kegagalan aku berpuasa adalah disebabkan oleh beberapa faktor. faktor-faktor yang dimaksudkan ialah:-
1. Tak Bangun Sahur. aku mesti makan sahur jika tidak aku akan terima akibatnya. Aku akan bergulung-gulung sambil berguling-guling akibat keGASTRIKan perut yang Maksima.
2. Muntah-muntah dan ceri-beri.. he3.. Akibat pemakanan yang SALAH.
faktor terakhir aku tak puasa 2 hari dan secara tak langsung ia menjadi faktor Utama ialah kerana Aku aku telah mengabaikan kesihatan diri aku sendiri terutama rehat yang tidak cukup, stress kerja yang melambak-lambak dan stress nk raya tapi duit masih tak mengizinkan lagi..

Puasa oh Puasa.. hajat aku tahun ni aku nk kerjakan kau (Puasa) cukup2 punyerlah tapi apakan daya semua tu ketentuan Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. mungkin bukan tahun ini mungkin tahun depan. amin. so guys yang mana boleh berpuasa dan sihat untuk berpuasa jangan lah ponteng puasa, rugi Ooooo...


Tuesday 2 August 2011

Ramadhan datang lagi.. no more Jalu....

cerita nih berlaku pada puasa 4tahun lepas..memori ni masih segar mengingati kejadian itu.. kejadian dimana aku telah minum dengan nikmatnya tanpa aku sedar masa tu masih lagi puasa... waktu jam menunjukkan pukul 3 petang tepat tanpa gagal. masa tu plak baru start puasa 6 hari.. macam setiap petang sebelum-sebelum ni aku akan mandi untuk sejukkan badan supaya aku bertenaga lagi sebelum berbuka. lepas mandi tu aku pun mula la kemas-kemas bahagian ruang tamu rumah. dalam hati aku nasi da masak lauk tinggal panaskan.. so aku pun ambil keputusan untuk rehat dan meluruskan badan sementara abg aku balik kerja... entah mcm mn ntah tiba-tiba aku telah shut down sendiri.. tiba2 aku terkejut dengar azan berkumandang..  apa lagi.. aku terus terpelanting n terus capai air dekat dapur pastu aku teros minum tanpa berlengah lagi.. aku perati sekekliling yang ada abg aku tengah berdiri kaku, tercengang dan hairan melihat aku sedang beraksi.. aku tanya abg aku yang baru balik kerja tu tak berbuka ker dan dia hanya jawab dengan gelengan kepala sambil mulut ternganga pelik melihat aku.. bila aku tanya "pasal ap ko nih?" dia geleng lagi tapi kali nih dia telan air liur plak sebab tengok aku minum lagi.. lagi la aku musykil... aku tengok jam dkt dinding da pukul 7.35ptg so aku pun tengok muka abg aku sekali lagi namun dia masih lagi mcm tadi tanpa sebarang respond lain dan dalam masa yang sama jugalah surau berdekatan rumah aku melaungkan azan menandakan waktu berbuka puasa.. aku pulak yang jem + kompius.. abg aku pulak yang senyum.. bila aku tanya apa sebenarnya berlaku abg aku just jawab ringkas dan padat dgn jawapannya tadi ko dgr bunyi azan tu sebenarnya bunyi HANDPHONE abg.. oh... apa kah dosa2 ku..... last2.. gelak jerlah kami berdua.. abg aku tobat tak pkai ringtone azan lg n aku tobat tak mau tido waktu petang... kerana JALU aku telah terbatal puasa.. ha3...

Monday 25 July 2011

tak baik-baik lagi.. oh..


bila demam datang dkt aku jer kompom 7 - 10 hari baru baik itu pun blm baik sepenuhnye lg.. bila hingus dan kahak pulak mula menyemak lagi la aku tertekan.. semua tak kene.. buat kerja pun mcm nk tak nak jerk.. mkn ubat pun mcm takde kesan jerk...


tonsils pun bengkak. nk cakap pun malas. asyik nk marah org jerk.. kusut kepala aku dibuatnye dek tonsils aku nih. puas ubat aku cekik pun sama gak kecuali satu lagi ubat tradisional yg belum aku try betul pengambilannya sbb kekurangan pitih.. he3.. korg tau apa ubatnya??? meh tengok gambar nih pulak...


ini lah ubat tradisional yang saya maksudkan. ganja adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai Antibiotik dan baik untuk badan jika diambil pengambilannya dgn betul. selain dari tujuan memasak ganja juga adalah ubat tradisional terbaik org dulu2 untuk menjaga badan mereka dari sakit demam,batuk,selsema dan lemah tenaga badan dan syahwat. tak percaya tak per tapi itulah kebenaranya. hari ini ramai yg menyalahgunakan ganja sehingga menyebabkan jenayah sedangkan ganja hanya digunakan untuk bersantai, makanan dan bekerja sahaja. getah ganja mampu memulihkan sistem pencernaan dalam badan terutama perut dan buah pinggang. ganja ini juga mampu untuk mencuci badan dengan menyalurkan darah lebih banyak kedalam otak dan menyebabkan peredaran darah dalam badan berjalan tanpa tersekat walaupun dalam keadaan perlahan. tujuan saya mendedahkan cerita ini adalah untuk berkongsi fakta dan bukan auta. "ganja3... candu3.. kak, ganja kak.." petikan filem Ali Baba Bujang Lapok. jika seseorang yang mengambil ganja terlalu lama dan berhenti secara mengejut dia akan diserang penyakit Athma kronik atau demam teruk. ubatnyer ialah ambil semula pengambilan ganja tetapi secara berjadual kerana jika pengambilan yang terlebih akan menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi seperti BOB MARLEY yang mati mengejut akibat pengambilan ganja yang jenis balut dan dapur mcm gambar bawah nih...


ini dikenali sebagai BONG atau DAPUR.

ini pula cara gulung atau dikenali sebagai BALUT. boleh menggunakan kertas rokok atau menggunakan rokok DAUN PUCUK mcm pakcik2 dekat kampung selalu isap rokok daun tu.. apa yang pasti ganja tidak akan membuat anda gian seperti dadah lain. buat setakat ini dulu luahan dan pengalaman yg boleh dikongsikan bersama. walau apapun amalkanlah gaya hidup sihat. saya akan kongsi lagi di lain lembaran tentang ganja dan pengambilannya. Chaow..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...