Monday 30 May 2011

surat kawan aku kepada boy pren nyer..




**Suatu petang tijah (kawan aku) membuat keputusan ingin break dgn boprend omputehnya.. dia menulis surat…

Hi… my motive rite dis letter to giv know u something. I want to cut connection us. I saw u play wood three in front my eyes. So I breake connection to pull my body free dis luv. I have think about dis very cook cook. I know I clap I hand only. I don’t trust u again!! U one really crocodile land! I don’t want u to play play with my liver. I have been crying untill no more eye water. I don’t banana to fruit two time. 
Safe walk..

the truth heart
LATIJAH.


jom berjenaka jap.. he3..



**Suatu hari hussien tetiba dihantui rasa ingin member teka teki kepada din..

Husin : bapak mary ad 5 orang anak. Nona, wini,nunu,nuna. Sapekah anaknye yang kelima itu?
Din : Emmm.. nene kot?
Husin : sesuka hati ko jerk nak bg nama anak dia nene.. salah lah dol..
Din : habis tu ape?
Husin : Mary la bodoh!!! Cube ko baca balik soalan dkt atas..

** suatu hari aku diselubungi oleh soalan yang sangat menakutkan oleh kawan ku  bernama salehudin. Soalan beliau berbunyi..

Salehudin : dalam bebanyak sepisis katak diatas muka bumi Allah ni.. katak ap yang tak boleh mati walaupun tlah dilenyek kereta?
Aku : katak mainan??
Salehudin : katak mainan memang da sedia kala mati.. ngok..
Aku : mana aku nk tau ngok..
Salehudin : ko piker la..
Aku : kata yang da jadi hantu kot..
Salehudin : hahahahaha…
Aku: weh seram nih.. ad ker katak yg tak mati mati tuh???
Salehudin : Katak yang panjang umur ler…
Aku terus diselubungi keseraman memikirkan peristiwa katak yang panjang umur tuh.. tidaaaaaaaaaak…

Thursday 26 May 2011

Hujan

Hari ini Jumaat 27.05.2011 @ 0905hrs. pagi2 lagi da hujan.. Alhamdulillah rahmat untuk orang2 yg bertaqwa dan beriman kepada Allah. sebut pasal iman dan taqwa. Apa tu? Ad beza ke? Iman ialah beriman kepada rukun iman yg telah Alah  tetapkan seperti dalam rukun iman yg Enam. Taqwa pula lebih kepada takut dan cintakan Allah sahaja. Takut dan Cinta kepada Allah? dah takut tp kene cinta pulak.. macam mana tu? takut yang dimaksudkan ialah bukan takut kepada Allah tetapi takut akan Azab Allah. Apabila kita takut akan Azab dan Balasan Api Neraka maka kita akan terhindar dari melakukan perkara-perkara yang dilarang olehNya. "Dengan Nama Allah Yg Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani. Cintai dan sayangilah Aku (Allah) maka akan Aku (Allah) pelihara Iman kamu" Itulah Firman Allah dalam Al-Quran.

Kalau kita tanya perompak "Kau tkut kene tangkap tak?" pasti dia jawab "takut la.. gile kau" tanya lagi "kau tak takut dosa ker? jawapan dia pasti "mesti la aku takut dosa kenapa kau tanya aku?" kita jawab dgn soalan jugak "kalau takut dosa kenapa tak berhenti jer jd perompak?" dengan jujut dia akan jawab "aku bukan nk jd perompak selama-lamanya.. nanti aku berubahla.. aku takut dosa.." Itu contoh orang yang beriman kepada Allah sahaja walau pun dia seorang Perompak tetapi jika seorang bekas Perompak itu Beriman dan Bertaqwa kepada Allah kita tanya dia "kenapa kau berhenti jadi perompak? kan boleh dapat banyak duit?" dengan jujur dan selambanya dia pasti menjawab "aku takut akan azab dan balasan Allah. aku berhenti jadi perompak sebab Allah memberi aku peluang untuk terus hidup dan menghargai kehidupan dan diri sendiri"

untuk berIman dan berTaqwa kepada Allah mestilah bermula dari hati. Hujan itu air dan air itu suci lg menyucikan maka bersihkanlah hati kita dgn hujan keinsafan. bukan mandi hujan tapi dgn air mata Keinsafan dan sesungguhnya orang yang menginsafi sesuatu perkara dan kejadian kerana Allah pasti Allah akan membuka hatinya untuk kejayaan dunia dan akhirat. selamat beramal. sambung lagi dilain kesempatan dengan izinNya InsyaAllah.

Wednesday 25 May 2011

boringnyer..

hari ni pepagi buta ag aku dah malas nak bangun tidur.. malas sangat nk tinggalkan bantal.. jam handpon plak asyik bunyi selang 5 minit.. aku gagah jgk diri nih untuk bangun n terus mandi.. capai tuala minum air masak segelas besar macam biasa rutin bangun tidur pastu kasi nyala rokok n tros masuk bilik termenung.. he3.. keluar rumah pun mcm kurang semangat jerk..  bila sampai tempat kerja jiwa rasa mcm LOW BATTERY jerk.. like somebody was take my soul.. ha3.. bos plak datang jmpa aku tros sound "aku nk hari ni market melambung kalau tak jgn balik.. faham!!!" dia ingat aku ni salesman ker??? FISH.. aku plak mulut laju sangat menjawab " Tak sangka saya bos ni tuhan rupanyer.." aku terus blah tp aku perasan muka dia mmg paisey sgt bila aku ckp mcm tu.. ha3.. salah dia jgk sbb da nampak muka aku lepu lg mau bg BLACKMAIL.. sori la bos.. ko ckp mcm ko tu da jd tuhan jerk.. memang pantang aku kalau orang lupa diri nih..

sekarang ni aku tengah mencari tapak baru untuk memulakan hidup baru untuk berniaga. da memang jiwa aku tak boleh makan gaji dan membesar dengan berniaga nk buat macam mana.. aku sentiasa berdoa kepada Allah agar aku berjaya keluar dari kepompong dan berjaya untuk berhijrah kejalan kebaikan dan kejayaan. aku pasti BOLEH krn Allah aku ingin berjaya DUNIA dan AKHIRAT. AMIN.

Assalammualaikum.

Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulillah dapat gak aku bukak blog akhirnya selepas sekian lama nk bukak tapi tak bukak2 pun.. ha3.. selain dari izin Allah untuk bukak dorongan dan bantuan sorang awek nama Apple89 la yang tolong aku bukak benda nih.. thanks dear.. aku akan buat yg terbaik untuk blog ini supaya semua pembaca yg memfolow blog aku ni dapat manfaat. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...