Thursday, 26 May 2011

Hujan

Hari ini Jumaat 27.05.2011 @ 0905hrs. pagi2 lagi da hujan.. Alhamdulillah rahmat untuk orang2 yg bertaqwa dan beriman kepada Allah. sebut pasal iman dan taqwa. Apa tu? Ad beza ke? Iman ialah beriman kepada rukun iman yg telah Alah  tetapkan seperti dalam rukun iman yg Enam. Taqwa pula lebih kepada takut dan cintakan Allah sahaja. Takut dan Cinta kepada Allah? dah takut tp kene cinta pulak.. macam mana tu? takut yang dimaksudkan ialah bukan takut kepada Allah tetapi takut akan Azab Allah. Apabila kita takut akan Azab dan Balasan Api Neraka maka kita akan terhindar dari melakukan perkara-perkara yang dilarang olehNya. "Dengan Nama Allah Yg Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani. Cintai dan sayangilah Aku (Allah) maka akan Aku (Allah) pelihara Iman kamu" Itulah Firman Allah dalam Al-Quran.

Kalau kita tanya perompak "Kau tkut kene tangkap tak?" pasti dia jawab "takut la.. gile kau" tanya lagi "kau tak takut dosa ker? jawapan dia pasti "mesti la aku takut dosa kenapa kau tanya aku?" kita jawab dgn soalan jugak "kalau takut dosa kenapa tak berhenti jer jd perompak?" dengan jujut dia akan jawab "aku bukan nk jd perompak selama-lamanya.. nanti aku berubahla.. aku takut dosa.." Itu contoh orang yang beriman kepada Allah sahaja walau pun dia seorang Perompak tetapi jika seorang bekas Perompak itu Beriman dan Bertaqwa kepada Allah kita tanya dia "kenapa kau berhenti jadi perompak? kan boleh dapat banyak duit?" dengan jujur dan selambanya dia pasti menjawab "aku takut akan azab dan balasan Allah. aku berhenti jadi perompak sebab Allah memberi aku peluang untuk terus hidup dan menghargai kehidupan dan diri sendiri"

untuk berIman dan berTaqwa kepada Allah mestilah bermula dari hati. Hujan itu air dan air itu suci lg menyucikan maka bersihkanlah hati kita dgn hujan keinsafan. bukan mandi hujan tapi dgn air mata Keinsafan dan sesungguhnya orang yang menginsafi sesuatu perkara dan kejadian kerana Allah pasti Allah akan membuka hatinya untuk kejayaan dunia dan akhirat. selamat beramal. sambung lagi dilain kesempatan dengan izinNya InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...