Thursday 11 August 2011

Puasa oh puasa..



Hari ini sudah sebelas hari puasa tapi aku pulak tak pasal-pasal da miss 2 hari puasa. ooo man... kegagalan aku berpuasa adalah disebabkan oleh beberapa faktor. faktor-faktor yang dimaksudkan ialah:-
1. Tak Bangun Sahur. aku mesti makan sahur jika tidak aku akan terima akibatnya. Aku akan bergulung-gulung sambil berguling-guling akibat keGASTRIKan perut yang Maksima.
2. Muntah-muntah dan ceri-beri.. he3.. Akibat pemakanan yang SALAH.
faktor terakhir aku tak puasa 2 hari dan secara tak langsung ia menjadi faktor Utama ialah kerana Aku aku telah mengabaikan kesihatan diri aku sendiri terutama rehat yang tidak cukup, stress kerja yang melambak-lambak dan stress nk raya tapi duit masih tak mengizinkan lagi..

Puasa oh Puasa.. hajat aku tahun ni aku nk kerjakan kau (Puasa) cukup2 punyerlah tapi apakan daya semua tu ketentuan Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. mungkin bukan tahun ini mungkin tahun depan. amin. so guys yang mana boleh berpuasa dan sihat untuk berpuasa jangan lah ponteng puasa, rugi Ooooo...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...