Tuesday 2 August 2011

Ramadhan datang lagi.. no more Jalu....

cerita nih berlaku pada puasa 4tahun lepas..memori ni masih segar mengingati kejadian itu.. kejadian dimana aku telah minum dengan nikmatnya tanpa aku sedar masa tu masih lagi puasa... waktu jam menunjukkan pukul 3 petang tepat tanpa gagal. masa tu plak baru start puasa 6 hari.. macam setiap petang sebelum-sebelum ni aku akan mandi untuk sejukkan badan supaya aku bertenaga lagi sebelum berbuka. lepas mandi tu aku pun mula la kemas-kemas bahagian ruang tamu rumah. dalam hati aku nasi da masak lauk tinggal panaskan.. so aku pun ambil keputusan untuk rehat dan meluruskan badan sementara abg aku balik kerja... entah mcm mn ntah tiba-tiba aku telah shut down sendiri.. tiba2 aku terkejut dengar azan berkumandang..  apa lagi.. aku terus terpelanting n terus capai air dekat dapur pastu aku teros minum tanpa berlengah lagi.. aku perati sekekliling yang ada abg aku tengah berdiri kaku, tercengang dan hairan melihat aku sedang beraksi.. aku tanya abg aku yang baru balik kerja tu tak berbuka ker dan dia hanya jawab dengan gelengan kepala sambil mulut ternganga pelik melihat aku.. bila aku tanya "pasal ap ko nih?" dia geleng lagi tapi kali nih dia telan air liur plak sebab tengok aku minum lagi.. lagi la aku musykil... aku tengok jam dkt dinding da pukul 7.35ptg so aku pun tengok muka abg aku sekali lagi namun dia masih lagi mcm tadi tanpa sebarang respond lain dan dalam masa yang sama jugalah surau berdekatan rumah aku melaungkan azan menandakan waktu berbuka puasa.. aku pulak yang jem + kompius.. abg aku pulak yang senyum.. bila aku tanya apa sebenarnya berlaku abg aku just jawab ringkas dan padat dgn jawapannya tadi ko dgr bunyi azan tu sebenarnya bunyi HANDPHONE abg.. oh... apa kah dosa2 ku..... last2.. gelak jerlah kami berdua.. abg aku tobat tak pkai ringtone azan lg n aku tobat tak mau tido waktu petang... kerana JALU aku telah terbatal puasa.. ha3...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...