Friday 19 August 2011

Hari KANTOI!!!!!



aku ada seorang kawan dari Sabah yang bekerja berhampiran dgn kedai aku.. aku panggil dia Sabah jer senang.. macam hari sebelum-sebelumnya bila aku tanya si Sabah "Kau puasa ndak bah?" jawapannya pasti "Puasalah.. Bulan aja bah". kebiasaanya si Sabah akan pulang kerumah untuk makan atau makan sambil cover line dalam kedai dia aje dan selalunya jugalah dia memang tak pernah kantoi tapi hari ini.... hari ini dalam sejarah apabila dia mengendeng sebuah sorang budak yang menjual kuih raya sambil mengambil kuih untuk dicuba.. sebelum dia mengambil kuih tersebut dan mahu dimasukkan kedalam mulutnya dia mengUSHA line kiri dan kanan. bila dah clear dia pun tros ngap.. perbuatan dia tu aku sedari dan aku terus tegur dia.. "Apa kau buat tu bah?" dengan selamba sambil mengunyah dia jawab "aku puasa lah bah" dan dalam masa yang sama ada seorang makcik bersama anak perempuan kecilnya kebetulan lalu di depan kedai aku dan kerana Kehadiran Makcik itu telah menyebabkan si Sabah bercakap "aku puasa lah bah" sambil makanan yang ada dalam mulutnya tersembur dan makcik tu pun melatah "Oh Mulut kau Keluar Turtur..eh.."sambil tangan makcik tu menepuk muka si Sabah.. kesian.. Makcik tu terus belah dan si Sabah blur sambil menelan kuih itu yang tersekat2 di tekaknya.... begitulah cerita hari kantoi aku hari ini...

p/s : kalau tak puasa..jngan mengunyah..telan jer tros...KAHKAHKAHKAH!!!


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...