Thursday 7 July 2011

KONGSI vs KL GANGSTER




KONGSI
Filem Malaysia semakin melangkah ke hadapan dan ramai penggiat filem tanah air semakin berani untuk berkreatif dan berkarya. Kualiti pengambaran dan angle yang baik juga sangat mempengaruhi sesebuah filem atau cerita yang disampaikan. Sepanjang 2 minggu ni aku melayan hasil karya kawan2 aku di persada seni yang semakin berjaya. Mula2 Kongsi...






KONGSI satu lagi karya hasil sentuhan Farid Kamil. Yed, aku respect kau sebab berani untuk menonjolkan kelainan dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Jalan cerita kurang kuat namun mesej tersurat dan tersirat yang cuba disampaikan oleh Farid Kamil terang dan jelas. kepada yang memahami dan nampak mesej itu pasti akan panas, teruja dan secara tidak langsung akan membuat kita berfikir akan teladan dan sempadan. sedikit kesilapan kecil berlaku dan rata-rata kebanyakan penonton mempersoalkan mengapa tidak Putri Mardiana sahaja yang menjadi Puan? kenapa Wawa? bila ditanya kenapa, jawapannya kerana Putri Mardiana nampak lebih matang dari Wawa untuk menyandang watak seorang pegawai polis wanita. Namun walau apa pun komen, Peminat tetap memberikan pujian kepada arahan dan hasil Farid Kamil. Keep Going Bro.. Move it.. Move it.. Move it..
Kepada semua penonton Malaysia sama-sama Kita nantikan KONGSI II arahan Farid Kamil seterusnya. sama ada dia berjaya memecah rekod atau tidak.

aku bagi 4 Bintang untuk KONGSI






KL GANGSTER

Filem arahan Syamsul Yusof yang telah berjaya menambat hati peminat filem tanah air dengan kutipan terbesar RM10j sepanjang filem ini ditayangkan. Tahniah kepada Syamsul Yusof. Anak muda yang Panas Baran, keinginan yang tinggi dan bersemangat daya saing seperti ayahnya semasa muda telah membawa anak muda ini kepucak kejayaan selain dibantu oleh krew-krew berpengalaman. sama seperti Kongsi, KL Gangster juga ada kekuatannya tersendiri dimana ada elimen-elimen perikemanusiaan dalam kehidupan seharian manusia dimana babak adi putra menyelitkan note RM50 kedalam poket seorang kanak-kanak yang tidur merempat dikaki lima kedai. scene itu membuatkan penonton tersentuh. ketika scene Aron Aziz pula yang sentiasa sibuk untuk berubah namun mendapat halangan dan tentangan oleh banyak pihak termasuk dari adik-beradiknya sendiri. ketika Aaron Aziz bertemu emaknya dan semasa Aaron Aziz memangku sahabatnya Abg Long Dil lakonan Zizan Raja Lawak yang mati ditikam oleh Syamsul Yusof kerana hendak mempertahankan nyawa emak Aaron Aziz (Mak Engku). elimen kemanusian tetap ada dalam hati manusia melainkan jika dia tidak lagi berhati perut dan hanya memikirkan diri sendiri akhirnya akan menjadi seperti Syamsul Yusof yang mati ditembak pada akhir cerita. Banyak contoh teladan dan nasihat yang Syamsul Yusof cuba sampaikan kepada penoton dan ia memberikan kesan mendalam kepada penonton. tahniah sekali lagi kepada Syamsul Yusof dan Skop Production yang berjaya meraih kutipan sepanjang tayangnya berjumlah RM10j.

aku beri 5 bintang untuk KL GANGSTER

**Tahniah Kawan2, kamu dah berjaya. janji kamu dengan aku masih belum tertunai lagi.. aku tetap menati janji itu ditunaikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...